MS-DOS (singkatan untuk MicroSoft Disk Operating System) adalah satu sistem pengendalian yang telah dibina dan dipasarkan oleh Microsoft Corp.Ia adalah sistem pengendalian yang paling banyak dipakai berbanding dengan sistem operasi DOS lain untuk komputer peribadi serasi IBM pada awal '80-an. Lama kelamaan, sistem operasi ini telah digantikan dengan sistem operasi Windows.
MS-DOS mula diperkenalkan pada tahun 1981 dan mempunyai lapan (8) versi utama sebelum Microsoft bertindak menghentikan pembinaannya pada tahun 2000. Produk ini merupakan produk Microsoft yang paling utama dalam proses pertumbuhan syarikat di mana Microsoft yang pada mulanya merupakan syarikat pengaturcaraan telah maju setapak menjadi syarikat yang mengembangkan sayapnya dengan membuka pelbagai syarikat pembinaan perisian yang telah membekalkan syarikat dengan pendapatan yang lumayan serta juga sumber pasaran yang hebat.
Sejarah MS-DOS bermula dengan QDOS (Quick and Dirty Operating System), program sistem operasi yang dibangunkan/ditulis oleh Tim Paterson untukSeattle Computer Products (SCP) pada tahun 1980. Sistem operasi tersebut dipasarkan oleh SCP degan jenama 86-DOS kerana ia diprogramkan berdasarkan cip pemprosesan Intel 8086 (merupakan cip 16-bit). Fungsi-fungsi arahan 86-DOS banyak didasarkan pada sistem operasi CP/M-80 yang dibangunkan oleh Digital Research, tetapi menggunakan sistem pemfailan yang berbeda.
MS-DOS menggunakan antara muka baris perintah serta skrip kelompok menerusi pentafsir, COMMAND.COM. MS-DOS direka supaya pengguna dapat menggunakan gantian pentafsir baris perintah dengan mudah, contohnya 4DOS.
Bermula dengan versi 4.0, MS-DOS telah memasukkan Cangkerang DOS, satu program pengurus fail yang mempunyai antara muka grafik terhad.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tuliskan komentar anda