Windows 98

Windows 98 adalah sistem pengendalian bergrafik yang dilancarkan pada 25 Jun 1998 sebagai pengganti kepada Windows 95. Seperti Windows 95, Windows 98 adalah sistem pengendalian hibrid 16/32-bit berasaskan MS-DOS. Pengganti kepada Windows 98 ialah Windows Me.

Ciri-ciri Windows 98:
Integrasi Internet Explorer dengan Windows Explorer - Windows Explorer disepadukan dengan Internet Explorer bagi memudahkan navigasi Windows Explorer. Integrasi dengan Internet Explorer juga membolehkan laman web dibuka terus dari tetingkap Windows Explorer, serta membolehkan gambar latar belakang berformat GIF atau JPEG digunakan (sebelum ini Windows 95 hanya menyokong imej latar belakang berformat BMP sahaja).
Internet Explorer dan Outlook Express - Windows 98 menyertakan perisian pelayar Web Internet Explorer 4.0 (IE 5.0 bagi Windows 98 SE) dan perisian pembaca e-mel Outlook Express secara percuma.
Desktop Aktif - Desktop Aktif membolehkan pengguna Windows 98 meletakkan laman web pada desktop serta membolehkan pengguna menggunakan laman web ataupun fail imej berformat JPEG atau GIF sebagai imej latar belakang. Versi awal Windows 98 turut disertakan beberapa saluran laman web utama.
Sokongan terhadap USB, DVD dan AGP - Windows 98 menyokong USB serta beberapa teknologi multimedia seperti AGP dan DVD. Sebelum ini, sokongan terhadap teknologi USB mula diterapkan di dalam Windows 95 OSR2, tetapi versi berkenaan hanya didapati dengan pembelian komputer baru dan tidak dijual berasingan.
Bar alatan Pelancar Pantas - Bar tugasan Windows 98 turut disertakan dengan bar alatan Pelancar Pantas (Quick Launch) yang mengandungi perintah memaparkan desktop (dan menyembunyikan kesemua program yang dibuka) iaitu butang Show Desktop, butang Internet Explorer dan Outlook Express (dimansuhkan di dalam Windows XP tetapi boleh ditambah secara manual). Bar Pelancar Pantas ini dikekalkan di dalam semua versi Windows yang lebih baru.
Windows Update - Windows Update membolehkan pengguna memuat turun fail-fail penampal (patches) bagi pepijat yang tersembunyi serta bagi menyelesaikan beberapa isu seperti keselamatan kepada Windows. Windows Update memerlukan pengguna menggunakan Internet Explorer.
DirectX - DirectX adalah perisian khas oleh Microsoft bertujuan untuk memastikan kelancaran kad grafik pengguna, terutama ketika bermainpermainan komputer.
Sokongan terhadap cakera keras yang lebih besar - Versi-versi terdahulu Windows menggunakan sistem fail FAT16 yang hanya menyokong saiz cakera keras sehingga maksimum 2 GB, tetapi Windows 98 yang menggunakan sistem fail FAT32 menyokong cakera keras yang lebih besar, dan saiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 4 GB.

Pada 5 Mei 1999, Microsoft melancarkan Windows 98 Second Edition (SE). Ia mengandungi fail-fail tampalan bagi kebanyakan isu kecil, menyediakan sokongan USB yang lebih baik serta disertakan dengan perisian Internet Explorer 5 dan Windows Media Player 6.

Windows 98 SE menggunakan format baru bagi pemacu peranti yang dikenali sebagai Windows Driver Model (WDM) bagi menggunakan format lama, VxD. Ini membolehkan pemacu peranti yang menggunakan piawaian WDM digunakan pada Windows 98 walaupun ketika pengeluar tidak membangunkan pemacu peranti yang optimum untuk Windows 98.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Tuliskan komentar anda