Windows Millennium Edition, atau lebih dikenali sebagai Windows Me ([miː], [ɛm iː]), adalah sistem pengendalian hibrid 16/32-bit yang dilancarkan pada 14 September 2000 oleh Microsoft.Windows Me adalah versi Windows terakhir yang berasaskan MS-DOS/Windows 9x. Ia juga adalah versi Windows terakhir yang tidak menggunakan pengaktifan perisian.Sebagai pengganti kepada Windows 95 dan Windows 98, Windows Me dipasarkan sebagai "edisi pengguna rumah" bagi Windows 2000 yang dilancarkan 2 bulan sebelumnya. Ia disertakan dengan perisian Internet Explorer 5.5, Windows Media Player 7, dan Windows Movie Maker, sebuah perisian suntingan video asas yang ringkas dan mudah digunakan. Selain itu, antaramuka Windows Me juga direkabentuk bagi menyerupai Windows 2000.Windows Me adalah versi terakhir bagi keluarga sistem pengendalian Windows 9x, manakala penggantinya iaitu Windows XP Home Edition pula menggunakan senibina Windows NT. Tidak seperti versi-versi Windows 9x yang terdahulu, capaian terhadap mod sebenar MS-DOS disekat bagi proses but yang lebih pantas. Hasilnya, sesetengah program MS-DOS yang perlu dijalankan dalam mod sebenar tidak dapat dijalankan di dalam Windows Me.Windows Me mempunyai jangka hayat yang paling pendek berbanding versi-versi Windows yang lain; ia digantikan dengan Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001.
Ciri-ciri windows ME :
System Restore - System Restore adalah utiliti sistem yang memantau sebarang perubahan pada fail sistem Windows yang diakibatkan daripada pemasangan program baru ataupun pemacu peranti baru dan seterusnya membentuk "checkpoint". Sekiranya pemasangan tersebut membawa kesan buruk terhadap sistem komputer, System Restore akan mengembalikan sistem komputer kepada tahap bekerja sebelumnya. Namun demikian, System Restore ada 2 keburukan - prestasi komputer akan terjejas apabila "checkpoint" dibentuk semasa komputer sedang digunakan (terutamanya untuk aplikasi berat seperti permainan komputer), serta System Restore mungkin akan mengembalikan virus komputeryang telah dibuang.
Perlindungan Fail Sistem - Ciri ini melindungi fail sistem daripada diubah, dibuang atau dirosakkan secara senyap dan automatik. Sekiranya ada fail sistem yang diubah, Windows akan mengembalikan salinan fail asal daripada cakera keras ataupun CD pemasangan Windows Me.
Susunan baru TCP/IP - Ciri ini diambil daripada Windows 2000 untuk prestasi rangkaian komputer yang lebih baik dan lebih stabil. Windows Me turut menyokong rangkaian FireWire serta sambungan wayarles inframerah di samping turut menyertakan program pendeta Rangkaian Rumah yang baru.
Palam dan Main Sejagat - Windows Me adalah versi Windows pertama yang menyokong teknologi Palam dan Main Sejagat (UPnP).
Perolehan Imej Windows (WIA) - Perolehan Imej Windows (WIA; Windows Image Acquisition) diperkenalkan sebagai piawaian bagi memudahkan aplikasi Windows berkomunikasi dengan peranti perolehan imej seperti kamera digital dan pengimbas. Sebelum WIA diperkenalkan, masalah keserasian antara peranti perolehan imej sering berlaku.
Kemaskini automatik - Windows akan mengemaskini sistem secara automatik dengan memuat turun fail kemaskini daripada laman web Windows Update secara automatik.
Folder termampat - Windows Me turut menyertakan perisian utiliti pemampatan folder untuk mencipta atau membaca fail berformat ZIP. Sebelum Windows Me, pengguna terpaksa menggunakan perisian pihak ketiga bagi mencipta atau membaca fail berformat ZIP.
Previu Imej - Fail imej boleh dilihat menerusi utiliti Image Preview. Ciri ini turut membolehkan pengguna memusingkan imej, mencetak atau zum imej.
Bantuan dan Sokongan - Program Help and Support yang baru menggantikan Windows Help. Ia berasaskan HTML dan memanfaatkan teknologi Rangka Kerja Automasi Sokongan (SAF).
Pemacu peranti storan massa USB - Windows Me adalah satu-satunya sistem pengendalian di dalam siri Windows 9x yang menyertakan pemacu peranti umum bagi peranti storan massa USB.
Kebutuhan System :
Pemproses: Sekurang-kurangnya Pentium 150 MHz (Pentium II 300 MHz ke atas disyorkan)
Ingatan: Sekurang-kurangnya 32 MB RAM (96 MB ke atas disyorkan)
Ruang kosong cakera keras: Sekurang-kurangnya 320 MB
Pemacu: CD-ROM
Grafik: Monitor SVGA] (800 x 600) ke atas
Lain-lain: Papan kekunci dan tetikus
Sokongan terhadap Windows Me tamat pada 11 Julai 2006 bersama-sama dengan Windows 98
Windows Me sering dikritik sebagai sistem pengendalian paling tidak stabil pernah dibina oleh Microsoft. Reputasi buruk tersebut adalah berpunca daripada kekerapan Windows Me untuk gagal berfungsi serta memaparkan skrin biru(Blue Screen of Death). Sebenarnya, semua sistem pengendalian di dalam keluarga Windows 9x adalah kurang stabil dan cenderung untuk gagal berfungsi atau memaparkan skrin biru, namun tahap kestabilan Windows Me adalah yang paling teruk di dalam siri Windows 9x - Windows Me paling kerap mengalami masalah gagal berfungsi ataupun memaparkan skrin biru.
Reputasi buruk Windows Me sebagai sistem pengendalian paling tidak stabil telah menyebabkan segelintir pihak melabelkan Windows Me sebagai "Mistake Edition" atau "Miserable Edition". Pada tahun 2006, majalah PC World turut melabelkan Windows Me sebagai "Produk Teknologi Maklumat Keempat Paling Teruk Sepanjang Zaman" (selepas AOL, RealPlayer dan Synchronys SoftRAM).

Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tuliskan komentar anda